Tuesday, May 27, 2014



Kertas 1

Bahagian A



Usaha-usaha Menggalakkan Pelajar Berkunjung ke Perpustakaan Sekolah

            Pada era  modenisasi dan globalisasi ini, ilmu pengetahuan memainkan peranan yang dominan dalam pembangunan negara. Hal in dikatakan demikian kerana negara memerlukan golongan  pemimpin yang berpengatahuan  luas dan berinovasi untuk menjurus negara  ke arah kebaikan . Oleh hal yang dikatakan  demikian, para pelajar yang merupakan  bakal tunjang negara harus berusaha meneroka laut ilmu . Dalam konteks ini, perpustakaan merupakan  tempat pelajar memperoleh ilmu. Persoalannya, apakah  usaha-usaha yang boleh  dilakukan untuk  menggalakkan pelajar  berkunjung  ke perpustakaan sekolah?

            Pada pendapat saya, pihak  pentadbir  sekolah  seyogiannya menyediakan  bahan bacaan yang  menarik dan berkualiti. Bahan bacaan yang sedap  dipandang dan dibaca  akan menarik minat  para pelajar . Kesannya, ramai  pelajar  akan  bertandang  ke perpustakaan semata-mata untuk membaca buku yang diminati  oleh mereka. Secara tidak langsung, pelajar akan  melengkapkan  diri dengan ilmu  pengetahuan  dan menjauhi  gelaran katak di bawah tempurung. Natijahnya, golongan belia  akan menjadi  pemimpin  yang  berwibawa kelak.

            Pada hemat saya, pihak sekolah  juga hendaklah menyediakan kemudahan  penggunaan internet di perpustakaan. Hal  ini berlaku  demikian  kerana pada era nano teknologi ini, pelajar perlu mahir  menggunakan alat-alat elektronik  seperti computer. Selain itu, pelajar dapat melayari internet untuk mendapat akses kepada maklumat yang dikehendaki dengan cepat dan efektif . Lantaran itu, tugasan  atau kerja rumah pelajar dapat diselesaikan  dengan cepat . Hal ini berlaku demikian kerana ilmu yang  dicari berada di hujung jari sahaja. Bak kata orang-orang tua, ilmu itu pelita hati. Oleh hal yang dikatakan  demikian pelajar harus  menggalas wadah menuntut ilmu  dengan  tekun untuk kesejahteraan  negara dan bangsa.

            Pada persepsi saya, para pustakawan turut memainkan peranan yang penting dalam  menggalakkan  pelajar berkunjung  ke perpustakaan. Meja  dan kerusi  yang  mencukupi harus  disediakan supaya pelajar dapat duduk  sambil membaca. Para pustakawan hendaklah  mengawasi perlakuan  dan tingkah laku  murid-murid. Mereka hendaklah  menegur  pelajar  yang membuat bising  atau kecoh. Sekiranya pelajar  tersebut tidak mematuhi peraturan  perpustakaan  pelajar tersebut  seharusnya dilarang  memasuki  perpustakaan selagi tidak  mengubah sikapnya.

            Tuntas bicara, semua pihak  yang berkaitan  terutamanya pihak sekolah hendaklah mengikis  sikap menunding jari antara satu sama lain. Sebaliknya, semua pihak  haruslah  menggembleng  kudrat  dan berganding bahu  untuk  menjayakan  usaha-usaha yang  dilaksanakan. Semua pihak  hendaklah  menyedari  bahawa hal ini akan menentukkan  masa depan  generasi  akan datang  marilah kita bersama-sama menjurus ke arah pencapaian ilmu demi kedaulatan negara yang lebih  cemerlang dan terbilang. Malaysia boleh!


                                                                                                Hannah Tan Su KI
                                                                                                5I/2014

No comments:

Post a Comment