Kertas
1
Bahagian
A
Usaha-usaha
Menggalakkan Pelajar Berkunjung ke Perpustakaan Sekolah
Pada era
modenisasi dan globalisasi ini, ilmu pengetahuan memainkan peranan yang
dominan dalam pembangunan negara. Hal in dikatakan demikian kerana negara memerlukan
golongan pemimpin yang
berpengatahuan luas dan berinovasi untuk
menjurus negara ke arah kebaikan . Oleh
hal yang dikatakan demikian, para
pelajar yang merupakan bakal tunjang
negara harus berusaha meneroka laut ilmu . Dalam konteks ini, perpustakaan
merupakan tempat pelajar memperoleh ilmu. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang
boleh dilakukan untuk menggalakkan pelajar berkunjung
ke perpustakaan sekolah?
Pada pendapat saya, pihak
pentadbir sekolah seyogiannya menyediakan bahan bacaan yang menarik dan berkualiti. Bahan bacaan yang
sedap dipandang dan dibaca akan menarik minat para pelajar . Kesannya, ramai pelajar
akan bertandang ke perpustakaan semata-mata untuk membaca
buku yang diminati oleh mereka. Secara
tidak langsung, pelajar akan
melengkapkan diri dengan
ilmu pengetahuan dan menjauhi
gelaran katak di bawah tempurung. Natijahnya, golongan belia akan menjadi
pemimpin yang berwibawa kelak.
Pada hemat saya, pihak sekolah juga hendaklah menyediakan kemudahan penggunaan internet di perpustakaan.
Hal ini berlaku demikian
kerana pada era nano teknologi ini, pelajar perlu mahir menggunakan alat-alat elektronik seperti computer. Selain itu, pelajar dapat
melayari internet untuk mendapat akses kepada maklumat yang dikehendaki dengan
cepat dan efektif . Lantaran itu, tugasan
atau kerja rumah pelajar dapat diselesaikan dengan cepat . Hal ini berlaku demikian
kerana ilmu yang dicari berada di hujung
jari sahaja. Bak kata orang-orang tua, ilmu itu pelita hati. Oleh hal yang
dikatakan demikian pelajar harus menggalas wadah menuntut ilmu dengan
tekun untuk kesejahteraan negara
dan bangsa.
Pada persepsi saya, para pustakawan turut memainkan
peranan yang penting dalam
menggalakkan pelajar berkunjung ke perpustakaan. Meja dan kerusi
yang mencukupi harus disediakan supaya pelajar dapat duduk sambil membaca. Para pustakawan hendaklah mengawasi perlakuan dan tingkah laku murid-murid. Mereka hendaklah menegur
pelajar yang membuat bising atau kecoh. Sekiranya pelajar tersebut tidak mematuhi peraturan perpustakaan
pelajar tersebut seharusnya
dilarang memasuki perpustakaan selagi tidak mengubah sikapnya.
Tuntas bicara, semua pihak yang berkaitan terutamanya pihak sekolah hendaklah
mengikis sikap menunding jari antara
satu sama lain. Sebaliknya, semua pihak
haruslah menggembleng kudrat
dan berganding bahu untuk menjayakan
usaha-usaha yang dilaksanakan. Semua
pihak hendaklah menyedari
bahawa hal ini akan menentukkan masa
depan generasi akan datang
marilah kita bersama-sama menjurus ke arah pencapaian ilmu demi kedaulatan negara yang lebih cemerlang dan terbilang. Malaysia boleh!
Hannah
Tan Su KI
5I/2014