Friday, July 18, 2014



Peristilahan
            Berdasarkan  artikel bertajuk “Perbandingan Istilah Pinjaman Bahasa Melayu dan Bahasa Korea” oleh Hasnah Mohamed didapati tujuan kajian ini adalah untuk menelusuri persamaan dan perbezaan dalam penterjemahan istilah asing ke dalam bahasa Melayu dan bahasa Korea. Di samping itu kajian ini turut meneliti kaedah pembentukan istilah yang diterapkan dalam kedua-dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Korea.Apa yang jelas istilah tersebut sering digunakan oleh masyarakat umum dalam bidang perubatan dan perbankan. Kesemua data yang dikumpul di ambil  daripada akhbar, brosur untuk orang awam, serta pangkalan data korpus bahasa Melayu. Tujuan utama perbandingan istilah pinjaman Bahasa Melayu dan Bahasa Korea adalah untuk melihat fenomena peminjaman kata asing melalui penterjemahan istilah dalam kedua-dua bahasa yang dapat menyumbang kepada proses perancangan bahasa melalui informan penutur jati bahasa Korea. Kajian ini bertujuan mengenal pasti peminjaman kata dalam istilah perubatan dan perbankan bahasa Melayu dan bahasa Korea. Di samping itu, kajian turut menelusuri persamaan dan perbezaan dalam penterjemahan istilah perubatan dan perbankan dalam bahasa Melayu dan bahasa Korea. Akhirnya, kajian dijangka dapat menghuraikan sumbangan kaedah yang dikenal pasti terhadap perancangan bahasa.

Tuesday, May 27, 2014



Kertas 1

Bahagian A



Usaha-usaha Menggalakkan Pelajar Berkunjung ke Perpustakaan Sekolah

            Pada era  modenisasi dan globalisasi ini, ilmu pengetahuan memainkan peranan yang dominan dalam pembangunan negara. Hal in dikatakan demikian kerana negara memerlukan golongan  pemimpin yang berpengatahuan  luas dan berinovasi untuk menjurus negara  ke arah kebaikan . Oleh hal yang dikatakan  demikian, para pelajar yang merupakan  bakal tunjang negara harus berusaha meneroka laut ilmu . Dalam konteks ini, perpustakaan merupakan  tempat pelajar memperoleh ilmu. Persoalannya, apakah  usaha-usaha yang boleh  dilakukan untuk  menggalakkan pelajar  berkunjung  ke perpustakaan sekolah?

            Pada pendapat saya, pihak  pentadbir  sekolah  seyogiannya menyediakan  bahan bacaan yang  menarik dan berkualiti. Bahan bacaan yang sedap  dipandang dan dibaca  akan menarik minat  para pelajar . Kesannya, ramai  pelajar  akan  bertandang  ke perpustakaan semata-mata untuk membaca buku yang diminati  oleh mereka. Secara tidak langsung, pelajar akan  melengkapkan  diri dengan ilmu  pengetahuan  dan menjauhi  gelaran katak di bawah tempurung. Natijahnya, golongan belia  akan menjadi  pemimpin  yang  berwibawa kelak.

            Pada hemat saya, pihak sekolah  juga hendaklah menyediakan kemudahan  penggunaan internet di perpustakaan. Hal  ini berlaku  demikian  kerana pada era nano teknologi ini, pelajar perlu mahir  menggunakan alat-alat elektronik  seperti computer. Selain itu, pelajar dapat melayari internet untuk mendapat akses kepada maklumat yang dikehendaki dengan cepat dan efektif . Lantaran itu, tugasan  atau kerja rumah pelajar dapat diselesaikan  dengan cepat . Hal ini berlaku demikian kerana ilmu yang  dicari berada di hujung jari sahaja. Bak kata orang-orang tua, ilmu itu pelita hati. Oleh hal yang dikatakan  demikian pelajar harus  menggalas wadah menuntut ilmu  dengan  tekun untuk kesejahteraan  negara dan bangsa.

            Pada persepsi saya, para pustakawan turut memainkan peranan yang penting dalam  menggalakkan  pelajar berkunjung  ke perpustakaan. Meja  dan kerusi  yang  mencukupi harus  disediakan supaya pelajar dapat duduk  sambil membaca. Para pustakawan hendaklah  mengawasi perlakuan  dan tingkah laku  murid-murid. Mereka hendaklah  menegur  pelajar  yang membuat bising  atau kecoh. Sekiranya pelajar  tersebut tidak mematuhi peraturan  perpustakaan  pelajar tersebut  seharusnya dilarang  memasuki  perpustakaan selagi tidak  mengubah sikapnya.

            Tuntas bicara, semua pihak  yang berkaitan  terutamanya pihak sekolah hendaklah mengikis  sikap menunding jari antara satu sama lain. Sebaliknya, semua pihak  haruslah  menggembleng  kudrat  dan berganding bahu  untuk  menjayakan  usaha-usaha yang  dilaksanakan. Semua pihak  hendaklah  menyedari  bahawa hal ini akan menentukkan  masa depan  generasi  akan datang  marilah kita bersama-sama menjurus ke arah pencapaian ilmu demi kedaulatan negara yang lebih  cemerlang dan terbilang. Malaysia boleh!


                                                                                                Hannah Tan Su KI
                                                                                                5I/2014

Friday, January 31, 2014

Peribahasa



Latihan 1: 
 Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.


1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai
    oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.

2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah
    berbaik-baik semula seperti sediakala.

3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik
     Hamreesh masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.

4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik  Henderson  seorang
     yang baik hari dan lemah lembut.

5. Walaupun cuba keluarga Encik Razak cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam
     rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.

6. Hanya Mckenzie sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap
    pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.

7. Walaupun asalnya Hamri seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan
     bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan
     cemerlang.

8. Munzir seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam
     pertandingan badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

9. Setelah merantau di Korea  lebih tujuh tahun, akhirnya Peter Lim pulang dan menetap semula di
     kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.

10. Perbuatan Masri menasihati kekasihnya yang bernama Mahfuz itu supaya berhenti
       merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh Mahfuz.

kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan



Latihan Mengenal pasti kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan

1. Kerajaan sudah melulus undang-undang yang membenarkan pegawai penguatkuasa menahan
        individu yang berkelakuan tidak bermoral.

2. Kenaikkan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak membebankan
    gulungan berpendapatan rendah.

3. Ketua sendiket pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam penyerbuan semalam.

4. Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mensyorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa
    kecil di situ.

5. Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampai mesej dalam beberapa
    saat sahaja.

6. Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancar oleh kerajaan mendapat sambutan
    menggalakkan daripada masyarakat.

7. Semasa berada di peringkat pra-sekolah, kanak-kanak diberikan dedahan awal tentang alam
    persekolahan.

8. Disamping beriadah, kita perlu mengambil makanan seimbang bagi mempastikan kesihatan
    terjamin.

9. Hasil kajian tentang kualiti alam sekitar itu perlu dianalisa sebelum laporan perincian dibuat.

10. Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber alam semula
      jadinya.

11. Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan yang jelas tentang profesyen sebagai pakar
      bedah.

12. Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengenengahkan moto yang berteraskan perpaduan
      belia semalaysia.

13. Syarikat pemaju perumahan akan membayar gantirugi kepada pembeli yang rumahnya gagal
      menyiapkan mengikut jadual.

14. Ketrampilan berbahasa dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu mestilah diperkukuhkan dari
      semasa ke semasa.

15. Aturcara kejohanan olahraga tahunan yang lengkap dimuat dalam buku program.

16. Nawi selalu menasihatkan kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi cabaran hidup tetapi
      ketika musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat menanggongnya.

17. Kebanyakan pelancung lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di pesisiran pantai
      Malaysia.

18. Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai progrem kemasyarakatan supaya hubungan antara
      kaum dapat dipereratkan.

19. Ketika mereka mengadakan latihan silat, langkah sumbangan anak muridnya itu telah dikenal
      pasti oleh maha guru itu.

20. Kemajuan dan modernisasi telah bidang berkomunikasi telah menghasilkan penciptaan alat
      hubungan untuk kemudahan manusia sejagat.