Peristilahan
Berdasarkan
artikel
bertajuk “Perbandingan Istilah Pinjaman Bahasa Melayu dan Bahasa Korea” oleh
Hasnah Mohamed didapati tujuan kajian ini adalah untuk menelusuri persamaan dan perbezaan dalam penterjemahan
istilah asing ke dalam bahasa Melayu dan bahasa Korea. Di
samping itu kajian ini turut meneliti kaedah pembentukan istilah
yang diterapkan dalam kedua-dua bahasa iaitu bahasa Melayu
dan bahasa Korea.Apa yang jelas istilah tersebut sering digunakan oleh masyarakat umum dalam
bidang perubatan dan perbankan. Kesemua data yang dikumpul di ambil daripada akhbar, brosur untuk orang awam,
serta pangkalan data korpus bahasa Melayu. Tujuan utama
perbandingan istilah pinjaman Bahasa Melayu dan Bahasa Korea adalah untuk melihat
fenomena peminjaman kata asing
melalui penterjemahan istilah dalam kedua-dua bahasa yang dapat menyumbang
kepada proses perancangan bahasa melalui informan penutur jati bahasa Korea. Kajian ini bertujuan mengenal pasti
peminjaman kata dalam istilah perubatan dan perbankan bahasa Melayu dan bahasa
Korea. Di samping itu, kajian turut menelusuri persamaan dan perbezaan dalam
penterjemahan istilah perubatan dan perbankan dalam bahasa Melayu dan bahasa
Korea. Akhirnya, kajian dijangka dapat menghuraikan sumbangan kaedah yang
dikenal pasti terhadap perancangan bahasa.