Friday, January 31, 2014

Peribahasa



Latihan 1: 
 Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.


1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai
    oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.

2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah
    berbaik-baik semula seperti sediakala.

3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik
     Hamreesh masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.

4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik  Henderson  seorang
     yang baik hari dan lemah lembut.

5. Walaupun cuba keluarga Encik Razak cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam
     rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.

6. Hanya Mckenzie sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap
    pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.

7. Walaupun asalnya Hamri seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan
     bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan
     cemerlang.

8. Munzir seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam
     pertandingan badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

9. Setelah merantau di Korea  lebih tujuh tahun, akhirnya Peter Lim pulang dan menetap semula di
     kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.

10. Perbuatan Masri menasihati kekasihnya yang bernama Mahfuz itu supaya berhenti
       merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh Mahfuz.

kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan



Latihan Mengenal pasti kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan

1. Kerajaan sudah melulus undang-undang yang membenarkan pegawai penguatkuasa menahan
        individu yang berkelakuan tidak bermoral.

2. Kenaikkan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak membebankan
    gulungan berpendapatan rendah.

3. Ketua sendiket pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam penyerbuan semalam.

4. Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mensyorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa
    kecil di situ.

5. Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampai mesej dalam beberapa
    saat sahaja.

6. Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancar oleh kerajaan mendapat sambutan
    menggalakkan daripada masyarakat.

7. Semasa berada di peringkat pra-sekolah, kanak-kanak diberikan dedahan awal tentang alam
    persekolahan.

8. Disamping beriadah, kita perlu mengambil makanan seimbang bagi mempastikan kesihatan
    terjamin.

9. Hasil kajian tentang kualiti alam sekitar itu perlu dianalisa sebelum laporan perincian dibuat.

10. Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber alam semula
      jadinya.

11. Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan yang jelas tentang profesyen sebagai pakar
      bedah.

12. Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengenengahkan moto yang berteraskan perpaduan
      belia semalaysia.

13. Syarikat pemaju perumahan akan membayar gantirugi kepada pembeli yang rumahnya gagal
      menyiapkan mengikut jadual.

14. Ketrampilan berbahasa dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu mestilah diperkukuhkan dari
      semasa ke semasa.

15. Aturcara kejohanan olahraga tahunan yang lengkap dimuat dalam buku program.

16. Nawi selalu menasihatkan kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi cabaran hidup tetapi
      ketika musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat menanggongnya.

17. Kebanyakan pelancung lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di pesisiran pantai
      Malaysia.

18. Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai progrem kemasyarakatan supaya hubungan antara
      kaum dapat dipereratkan.

19. Ketika mereka mengadakan latihan silat, langkah sumbangan anak muridnya itu telah dikenal
      pasti oleh maha guru itu.

20. Kemajuan dan modernisasi telah bidang berkomunikasi telah menghasilkan penciptaan alat
      hubungan untuk kemudahan manusia sejagat.





Pola Ayat



Tatabahasa (Pola Ayat Dasar)

Pola Ayat Dasar dalam Bahasa Melayu dapat dipecahkan kepada 4 pola ( berdasarkan predikat ayat), iaitu :
i. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
Cikgu Faridah guru Bahasa Melayu kelas kami.
ii. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
Kami sedang belajar Bahasa Melayu bersama cikgu Faridah.
iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
Cikgu Faridah seorang yang baik hati.
iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS)
Cikgu Faridah guru di SMK Taman Universiti 2.

Latihan 1:
1. Pemuda itu sedang menari.
2. Encik Zahid seorang jurutera.
3. Cikgu Latifah guru bahasa Melayu kami.
4. Rumah saya di Taman Johor Jaya.
5. Kakak saya sedang membaca buku.
6. Kasut Ali sudah buruk.

Latihan 2:
1. Penyanyi itu jiran saya.
2. Nasi lemak Mak Minah sangat sedap.  
3. Emak sedang menanak nasi di dapur. 
4. Pokok itu pokok rambutan
5. Dewan sekolah saya sangat besar.     
6. Baju saya berwarna merah hati.

Latihan 3:
1. Tulisan Nabil sangat kemas.
2. Rumah Ahsan rumah batu.
3. Kampung datuk Afiq di Pasir Gudang.
4. Bapa Naim seorang guru
5. Syazwan dan Akmal sedang berbual-bual.

Latihan 4:
1. Bunga itu sungguh cantik dan berbau harum.
2. Jam tangan itu untuk emak sempena hari lahirnya.
3. Pelajar kelas 5 Budiman sedang mengulangkaji pelajaran.
4.  Kucing peliharaan saya bernama Si Comel.
5. Adik saya sangat comel dan manja.
6. Kami sekeluarga akan ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.








Skema Jawapan:
Latihan 1:
1. ( FN + FK )
2.( FN + FN )
3.( FN + FN )
4. ( FN + FS )
5. ( FN + FK )
6.( FN + FA )

Latihan 2:
1. ( FN + FN )
2. ( FN + FA ).
3. ( FN + FK )
4. (FN + FN )
5. ( FN + FA )
6. ( FN + FA )

Latihan 3:
1. ( FN + FA )
2. ( FN + FN )
3. ( FN + FS )
4.  ( FN + FN )
5. ( FN + FK ).

Latihan 4:
1. ( FN + FA )
2. ( FN + FS )
3. ( FN + FK )
4. ( FN + FN )
5. ( FN + FA )
6. ( FN + FS )